Usaha Wajar Korporat
Integrity membantu dalam mengurus risiko yang timbul daripada rakan niaga, peniaga, atau mana-mana pihak ketiga yang berpotensi dalam urusan perniagaan yang mana ia berniat untuk berurusan.

Usaha Wajar Reputasi
Usaha wajar reputasi dijalankan oleh sesubuah syarikat untuk mengenalpasti risiko reputasi yang mempunyai kaitan dengan rakan niaga, pembekal, pelanggan dan pelabur yang berpotensi sebelum mereka menajlain hubungan perniagaan atau usaha-sama. Secara amnya, Usaha Wajar Reputasi merupakan sebahagian besar proses usaha wajar yang meliputi kewangan, perdagangan, dan usaha wajar undang-undang.

Usaha Wajar Komersial
Usaha Wajar Komersial tertumpu untuk menilai daya tarikan syarikat dengan memfokuskan kepada kedudukan pasaran bagi produk atau perkhidmatan mereka. Pada kebiasaannya dilakukan sebelum sesebuah perniagaan membuat keputusan untuk mendapatkan atau membeli syer sesebuah syarikat. Maklumat yang disediakan dapat membantu perniagaan untuk membuat keputusan yang tepat, dan mengetahui sebarang potensi risiko berkaitan dengan syarikat tersebut.

Pemeriksaan Vendor

Usaha Wajar Integriti
Usaha wajar integriti adalah mengumpulkan dan menganalisis maklumat mengenai pendedahan syarikat terhadap risiko undang-undang, rasuah dan peraturan. Ia biasanya digunakan oleh syarikat untuk mengurangi potensi risiko yang ditunjukkan oleh pihak ketiga melalui pengumpulan informasi yang meliputi pemeriksaan latar belakang, pemeriksaan litigasi, pemeriksaan sanksi global, dan juga reputasinya.

Usaha Wajar Hak Asasi Manusia
Usaha wajar hak asasi manusia menilai penegakan hak asasi manusia dalam organisasi dan rantaian bekalannya yang membolehkannya secara proaktif menguruskan kemungkinan kesan hak asasi manusia dan kemungkinan buruk. Usaha wajar hak asasi manusia fokus pada risiko bagi orang yang bertujuan untuk memberikan penglihatan yang lebih baik tentang bagaimana hak asasi manusia dinilai di seluruh rantaian nilai organisasi dari operasi, rantaian bekalan, dan juga perkhidmatan yang digunakannya yang dapat membantu dalam mengurangkan risiko gangguan perniagaan kerana pergolakan pekerja yang berpotensi, pergantian kakitangan yang tinggi, produktiviti atau prestasi yang lebih rendah, dan kemungkinan kerosakan reputasi.