Due Diligence

Usaha Wajar dan Kepentingan Usaha Wajar

Usaha wajar ialah siasatan yang dijangkakan perlu diambil oleh sesebuah perniagaan atau seseorang sebelum mematuhi sesebuah perjanjian atau kontrak dengan pihak yang lain atau tindakan dengan sesuatu standard. Tindakan ini juga boleh dijalankan melalui aktiviti pemantauan untuk memastikan integrity diterapkan.

Tujuan usaha wajar

  • Pencegahan penipuan untuk mengelakkan berurusan dengan suatu entiti atau individu yang menunjukkan integriti yang lemah pada situasi sebelumnya
  • Pengurangan Risiko untuk mengelakkan kerugian dengan menganalisa reputasi dengan betul
  • Pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Anti-Rasuah
  • Perlindungan Usaha Wajar adalah untuk menunjukkan penjagaan yang sesuai telah diambil, ini boleh digunakan sebagai pembelaan terhadap sebarang tuduhan yang melanggar peraturan

Risiko Reputasi

  • Reputasi merupakan asset yang berharga bagi sesebuah perniagaan yang seharusnya dilindungi dari sebarang risiko yang boleh timbul melalui hubungan perniagaan dengan pihak lain yang tidak diketahui integritinya.
  • Usaha Wajar Risiko Reputasi mencari maklumat latar-belakang yang berkaitan dan maklumat perniagaan terhadap rakan kongsi yang berpotensi, perantara dan pihak yang lain.
  • Usaha Wajar Reputasi mengesan data point integrity (red flags) seperti rekod keganasan, denda, penglibatan dalam penipuan dan korupsi, penyiasatan dan kredit. Integrity menawarkan Usaha Wajar Reputasi yang boleh diuruskan terhadap kehendak anda.

Risiko sosial

  • Risiko sosial termasuk isu sosial dalam sesebuah komuniti dimana syarikat yang diusahan akan mengalami impak terhadap pengaruh perniagaan sesebuah syarikat. Kegagalan dalam mengawal isu sosial dalam perniagaan sesebuah syarikat boleh membawa kepada kegagalan operasi, isu perundangan dan mempengaruhi reputasi.
  • Risiko sosial timbul daripada perspektif negetif sesebuah organisasi terhadap kominiti. Risiko Sosial terhadap usaha niaga bergantung pada isu yanng berkaitan dengan operasi sesebuah perusahaan, sektor industri dan geografi.
  • Usaha Wajar Risiko Sisial merangkumi empat komponen yang disatukan: masalah, individu atau kumpulan terlibat, perspektif negetif mengenai sesebuah organisasi, dan tujuan untuk melakukan kerosakan.

Risiko Politik

  • Faktor politik mampu memberi impak kepada perniagaan dalam pasaran dimana undang undang dan institusi politik selalunya kurang maju dan hubungan antara perniagaan, dan golongan elit politik masih normal. Hubungan perniagaan-politik kebiasaannya mempengaruhi pelbagai industri dalam pelbagai cara.
  • Usaha Wajar Risiko Politik menyiasat hubungan persendirian dan perhubungan dalam persekitaran politik yang boleh menjadi punca utama risiko perniagaan.

Usaha Wajar Keselamatan

  • Jenayah telah menjadi ancaman yang berterusan dalam operasi perniagaan, terutama operasi yang melibatkan risiko tingggi, yang mana mampu membawa kepada kerugian yang besar.
  • Usaha Wajar Keselamatan mengambil kira ancaman keselamatan yang berpotensi kepada perniagaan pada premis atau sepanjang laluan operasi yang membantu perniagaan berkembang dan mengamalkan langkah pencegahan.

Risiko Korupsi

  • Interaksi dengan syarikat yang terlibat dalam aktiviti korupsi dan rasuah

Risiki Penipuan

  • Penyelewengan oleh pengurus menyebabkan pihak ketiga untuk berinteraksi dengan syarikat
  • Percanggahan Kepentingan

Mencari maklumat lain?